untuk pertama kali dalam hidup saya, saya merasakan sesuatu yang asing dalam diri ni. kali ini saya rasa seperti diawangan seperti mimpi yang indah yang tidak pernah saya alami dalam hidup ini. saya rasa kebahagian akan menghampiri saya. saya tidak pasti apa yang saya alami. kemana saja saya pergi hanya dia yang saya bayangi. saya seperti perempuan gila yang tidak dapat memikirkan apa-apa. Akhirnya, kini saya tahu yang saya sedang jatuh cinta dengan seseorang.
suatu hari, saya ada berkenalan dengan seorang jejaka yang tidak pernah saya kenali. perkenalan kami hanya melalui lawan web facebook. Mr K. sebenarnya, saya tidak berapa yakin dengan dengannya kerana saya tahu perkenalan melalui alam maya hanya sebuah pernipuan. tetapi setelah sekian lama kami berhubung , saya rasa seperti ada sesuatu perasaan yang lain. saya tahu itu adalah cinta. cinta itu buta. semua orang tahu itu. cinta itu buta kerana segala kekurangan dan keistimewaan seseorang tiu kita akan terima seadanya. tiada siapa yang sempurna. setelah 5 bulan perhubungan kami hanya melalui facebook. sudah banyak kali Mr K meminta nombor telefon saya tetapi saya tidak pernah melayani hasratnya itu. saya rasa kasihan pada Mr K , banyak kali dia pujuk saya . akhirnya, saya mengalah juga.
sekarang , kami berhubung melalui telefon dan facebook. kami tidak pernah berjumpa bersama, makan bersama, xpernah langsung. kami hanya menggunakan alat komunikasi untuk berhubung. banyak perkara yang ada pada dirinya saya suka. diantara sifatnya yang bersahaja tidak pernah kawal, yang paling saya suka sikap kebapaan ada padanya. Mr K merupakan anak bongsu dalam keluarga .mempunyai 3 orang kakak dan 2 abang. dia mempunyai ramai anak saudara, mngkin dengan mempunyai keluarga yang besar dia dapat belajar ilmu tentang kekeluargaan . selain itu,dia jugak seorang yang kelakar . dia pandai mengambil hati saya. seterusnya, saya hormat padanya kerana sikap sabar dan kasih sayangnya. Dia selalu sabar dengan kerenah saya . terlalu banyak persamaan diantara kami. kami tidak pernah bertengkar itu menandakan yang kami persefahaman. kadang2 terdapat kejadian yang menimpa kami sama. seperti saya mendapat kecederaan di lutut akibat terjatuh dengan aktiviti sekolah semasa larian 1 malaysia diadakan., manakala, dia pula mendapat kecederaan yang sama ketika menjalani pertandingan futsal di Melaka tempoh hari. situasi ini berlaku pada hari yang sama.
pada cuti sekolah yang panjang musim lalu, saya telah menyertai pasukan sorak SUKMA mewakili negeri WP kuala lumpur. setelah 5 hari berlalu. dengan kuasa Tuhan . pada 6/7/2011 saya terjumpa Mr K di stadium futsal di shah alam . dengan keadaan yang tidak dijangka dan tidak pernah dirancang. perasaan saya bercampur baur. seperti gementar, tidak suka, gembira, terharu. tipu kalau saya tak gementar kerana ini pertemuan yang pertama. seterusnya, saya tak suka sebab pada masa itu saya keadaan selekeh kerana baru habis bersorak dan perlawanan kami telah kalah. saya gembira kerana akhirnya dapat juga saya berjumpa dengannya walaupun sekejap. saya terharu dengan keadaan saya yang sebegitu , dia dapat menerima saya seadanya. namun begitu, dia juga tidak menghampakan saya . untuk pertama kali saya lihat dia. ayat pertama ialah' kenapa dia lebih putih dari saya' malunya saya. lepas tu, kami saling berpandangan dan semakin dekat. fizikalnya tinggi , tinggi dari ayah saya, kulitnya cerah dari saya.dia mempunyai badan yang tegap itu membuatkan saya rasa selamat disampingnya. dia mempunyai mata yang comel , suaranya tidak garau seperti lelaki lain dan dia mempunyai senyuman yang manis membuatkan hati saya tertarik.
sampai sekarang hubungan kami mencecah 10 bulan dan selepas Hari Raya Puasa genaplah setahun perhuhungan kami. terlalu banyak perjanjian yang kami taburkan untuk hidup bersama. akan tetapi kami tahu tugas kami sekarang hanya belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam SPM. dalam masa yang sama kami harus bijak membahagikan masa dengan belajar . saya takut selepas ini, perjanjian itu hanya perjanjian palsu dari seorang lelaki. saya berharap dengan apa yang kami rancang Tuhan akan memakbulkan doa kami. saya tahu kita hanya merancang tetapi Tuhan yang menetukan. saya tak pernah mendekati lelaki sebaik ini dan akan menyayanginya sepenuh hati saya. sekali lagi , cinta itu buta. bila saya rindu padanya , saya akan mendengar lagu Aishiteru dari Zivilia Band dari indonesia. lagu ini memberi banyak makna pada saya. contohnya ialah, "walau raga kita terpisah jauh namun hati kita selalu dekat bila kau rindu pejamkan matamu dan rasakan aku.. kekuatan cinta kita tak pernah rapuh terhapus ruang dan waktu percayakan kesetiaan ini pada ketulusan AISHITERU.. saya akan sentiasa menunggu Keajaipan dari Tuhan ..
hahahha.. so sweet.... <3
ReplyDelete