WALAU RAGA KITA TERPISAH JAUH NAMUN HATI KITA SELALU DEKAT BILA KAU RINDU PEJAMKAN MATAMU DAN RASAKAN AKU
Thursday, June 2, 2011
Pabila lelaki JATUH CINTA pada wanita
apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas ,perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas .hati lelaki yang keras selama ini ,tiba-tiba menjadi selembut kapas.bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup melakukan apa sahaja untuk kekasihnya.sekeras mana pun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai.namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan diatas pengorbanan yang dilakukan oleh lelaki untuk mu itu .
sekiranya kamu menyedari lelaki yang menyangi kamu itu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati ,nyata kamu tidak salah memilih teman hidup.situasi ini sudah terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar.betapa beruntungnya kamu.
selain itu, jika lelaki yang mencintaimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur . itu tandanya dia menginginkan hubungan yang serius denganmu.
jika sudah sayang. macam-macam yang kamu akan fikirkan termasuklah bimbang akan kehilangannya.begitu juga apabila lelaki itu menyatakan dye selalu memikirkan dan risau kesudahan perhubungan kamu.ini bermakna dia selalu memikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja.kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin , barulah berbaloi..!
ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakan tidak diambil perhatian lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayangi .
lucu tapi itulah hakikatnya begitulah apabila lelaki yang menyanyangimu tidak ubah seperti kanak-kanak semata-mata untuk mendapatkan perhatian daripada mu.si dia mahu bermanja-manja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang.kalau dia merajuk hati ,sesekali cubalah memujuknya .jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada.bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja .hanya untuk orang disayangi sahaja dia sanggup lakukan itu.
si dia sanggup menitiskan air matanya demi kamu.bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorng perempuan .tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang menitiskan air mata demi kamu.ini membuktikan cintanya begitu kuat untukmu.
dan pengorbanan paling besar sekali gus menjelaskan lagi betapa si dia menyanyangi dirimu apabila lelaki itu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya.HARGAILAH lelaki dan terimalah mereka seadanya ...berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseornang yang bergelar LELAKI...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment