Monday, February 14, 2011

Doa ku

Ya Allah.yang Maha Pengampun ..Ampunkanlah dosa2 ibubapa ku ampunkanlah dosa2 ku Ya Allah..
Ya Quyyum.. Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi ujian mu Ya Allah..
Kini akal fikiran ku dan perasaanku kusut,bercelaru,runsing,kecewa,sedih,pedih disaat aku memperingati kata2 nya..Tolonglah Hamba mu yang Hina ini Ya Allah...
Batin aku terseksa..terseksa dengan janji2 palsu dia..Ya Allah,tolonglah hamba mu ini..
Keluarkanlah hamba dalam belenggu ini...aku xsanggup untuk menghadapinya sendiri melainkan dengan kekuatan yang kau berikan kepada ku..
Ya Rahman..Rahmatilah keluarga ku..rahmatilah kehidupan keluargaku..berkatilah usia kedua ibu bapaku Ya Allah..sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangiku sejak kecil..
Ya Mutakabbir, bimbinglah aku ke jalanmu..bimbinglah aku untuk menjadi wanita segigih Saiditina Khadijah..bimbinglah aku untuk menjadi wanita yang sentiasa menjaga keperibadian dan sentiasa menjaga akhlak walau dimana aku berada.
Ya Allah, rahmatilah dia..berikanlah dia petunjuk sucimu Ya Rabb..
Dekatkanlah dia dengan ketentuanmu..lindungilah dia dari godaan syaitan,malapetaka,keburukan dan kejahatan manusia terhadapnya..sesungguhnya Kau lah yang Maha Melindungi..
Ya Allah ..aku merintih kepada mu..
jika Engkau tidak perkenankan doaku,siapa lagi yang ingin memperkenankan doaku..
jika Engkau berpaling dariku,siapa yang ingin memandangku..
jika Engkau pergi dariku,siapa lagi ingin menjaga ku..
hanya padaMu ku berserah..aku sudah pasrah dengan fitnah dunia..aku xnak tewas lagi..aku mahu bangkit untuk menentukan masa depanku. aku harus bangkit dari khayalan pura2 ini..
aku harus bangkit..aku xnak tewas lagi..
aku memerlukan petolongan dari Mu Ya Allah...hanya Kau yang dapat menyelesaikan dan perkenankan rintihanku...

No comments:

Post a Comment